Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) MPS telah menganjurkan Ceramah Nuzul Al-Quran bertempat di Dewan Keraian, Tingkat 8, Menara MPS bersempena sambutan Nuzul Al-Quran.
Ceramah bertajuk “Reset Hati Dengan Al-Quran” telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Haji Zulhazwan bin Ismail dan dihadiri kira-kira 150 orang kakitangan MPS. Ceramah tersebut memberi penekanan terhadap kepentingan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian serta menggalakkan warga MPS untuk terus mendekati dan menghayati isi kandungannya.
Turut hadir, YBrs. Dr. Mohd Zikry bin Zulkifle, Presiden KSDK MPS. Penganjuran program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada warga MPS serta menyemarakkan lagi penghayatan terhadap Al-Quran dalam kehidupan umat Islam.