Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) telah menganjurkan Ceramah Awal Muharam bertempat di Lobi Menara MPS. Program ini diadakan bersempena tahun baru Islam Awal Muharram 1448H/2026M.
Ceramah bertajuk "Hijrah Menukar Rutin Menjadi Saham Akhirat” telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Mohd Hilmi bin Saadan dan dihadiri seramai 350 orang kakitangan MPS.
Antara pengisian ceramah adalah penekanan aktiviti seharian dijadikan sebagai rutin untuk mendapat pahala dan saham akhirat.
Turut hadir Puan Kasmah binti Kamis, Setiausaha KSDK MPS dan Encik Mohd Azmi bin Wagiran, Pengerusi Majlis Bersama Jabatan (MBJ) MPS
Semoga penganjuran ceramah ini memberi manfaat kepada seluruh warga MPS, seterusnya menjadi medan pahala syurga kepada semua.