Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Bengkel Latihan Audit Dalam MS ISO 9001:2015 & ISO/IEC 27001:2022 yang berlangsung selama tiga hari bermula 30 Mac hingga 1 April 2026.
Bengkel ini melibatkan penyertaan juruaudit dalaman MPS bagi kedua-dua standard iaitu pengurusan kualiti dan keselamatan maklumat. Sepanjang program, para peserta telah didedahkan kepada kaedah audit yang sistematik, pemahaman terhadap keperluan standard, serta teknik pelaksanaan audit dalaman yang lebih berkesan dan berintegriti.
Selain itu, sesi latihan secara praktikal serta perbincangan kumpulan turut dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman dan keupayaan peserta dalam mengendalikan audit sebenar di jabatan masing-masing.
Secara keseluruhannya, penganjuran bengkel ini telah mencapai objektif dalam memperkukuh kompetensi juruaudit dalaman serta memastikan pematuhan berterusan terhadap keperluan MS ISO 9001:2015 dan ISO/IEC 27001:2022 di MPS.
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan MPS kepada masyarakat.