Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

Taman Ekstrem Gua Damai (TEGD)

Image
Taman Ekstrem Gua Damai (TEGD)
Image
Taman Ekstrem Gua Damai (TEGD)
Image
Taman Ekstrem Gua Damai (TEGD)
Taman Ekstrem Gua Damai ialah sebuah taman ekstrem yang terletak di Kampung Wira Damai, Batu Caves, Selangor. Taman ini menyediakan pelbagai aktiviti luar yang berasaskan pelancongan ekologi dan pendidikan. Ketinggian Bukit Gua Damai menawarkan pemandangan yang mendebarkan serta menonjolkan suasana desa dan bandar. Antara gua yang terdapat di sini termasuk Gua Anjing, Gua Ichibawa, Gua Cili Padi, Gua Batik, dan Gua Fig Tree. Setiap gua memiliki ciri-ciri unik dan tersendiri.

Aktiviti Zip Line di sini menawarkan pengalaman yang tidak boleh dilepaskan. Perjalanan bermula dari Gua Anjing, di bawah teduhan dahan-dahan pokok, sambil menikmati panorama hutan yang indah dan batu kapur. Lokasi ini juga menjadi tempat pertama di negeri Selangor yang membolehkan pengunjung melakukan aktiviti BASE Jump dan merupakan salah satu tempat utama di Malaysia untuk aktiviti ini.

Antara kemudahan yang disediakan termasuk wakaf, gelanggang futsal, padang paintball, dataran, taman permainan, dan kawasan parkir kenderaan. TEGD juga dikenali sebagai salah satu geopark yang berada dalam Gombak Hulu Langat Geopark.