603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

PENGUATKUASAAN

TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PENUNDAAN KENDERAAN TERBIAR​

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melaksanakan tindakan penundaan terhadap kenderaan yang diletakkan secara tidak teratur, menghalang lalu lintas, menjejaskan keselamatan awam atau menyebabkan kacau ganggu di kawasan pentadbiran MPS bagi memastikan kelancaran trafik dan kesejahteraan awam. Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan selaras dengan peruntukan berikut:

  • Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974;
  • Akta Kerajaan Tempatan 1976; dan
  • Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Selayang.

 

KADAR BAYARAN

Perkara

Kadar

Bayaran Kompaun RM1,000.00
Caj Simpanan Kenderaan RM50.00 sehari

Caj simpanan dikenakan mulai hari ke-10 selepas tarikh sitaan.

 

LOKASI DAN KAEDAH BAYARAN

1. Kaunter Bayaran Utama MPS

Alamat
Menara Majlis Perbandaran Selayang
Persiaran 3, Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi
Isnin hingga Jumaat
8.00 pagi hingga 5.00 petang

Waktu Rehat

  • Isnin hingga Khamis: 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang
  • Jumaat: 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang

Kaedah Bayaran

  • Kad Debit
  • Kad Kredit

 

DOKUMEN TUNTUTAN KENDERAAN

Pemilik kenderaan hendaklah mengemukakan dokumen berikut semasa membuat tuntutan:

  • Surat akuan sumpah (jika wakil)
  • Kad Pengenalan pemilik atau wakil;
  • Geran atau Sijil Pemilikan Kenderaan;
  • Resit bayaran kompaun serta caj simpanan;
  • Salinan dokumen berkaitan (jika diperlukan).

PERTANYAAN

Unit Tunda
Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan
Majlis Perbandaran Selayang

Telefon: 03-6126 6041