MENU
 

Majlis Perbandaran Selayang sedang melaksanakan kempen kitar semula barangan elektrik dan elektronik (e-Waste) serta kitar semula minyak masak kepada biodiesel peringkat Zon Jawatankuasa Penduduk, MPS. Melalui kempen ini, MPS akan membuat kutipan barangan mengikut Zon JKP Ahli Majlis MPS berdasarkan jadual yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, semua barangan yang dihantar perlu dikumpulkan di pejabat Ahli Majlis atau kawasan yang bersesuaian untuk ditimbang dan serahan wang tunai menggunakan resit rasmi MPS mengikut kadar harga pasaran semasa kepada setiap zon JKP. Selain itu juga, MPS turut mempertandingkan kutipan barangan e-waste dan minyak masak terbanyak antara Zon JKP Ahli Majlis iaitu bermula Mac 2021 hingga Oktober 2021. Zon JKP yang membuat kutipan e-waste dan minyak masak terbanyak akan menerima hadiah wang ringgit seperti berikut iaitu:

 

i.Kategori E-waste

Johan RM500.00

N.Johan RM250.00

Ketiga RM150.00

ii.Kategori Minyak Masak Terpakai

Johan RM500.00

N.Johan RM250.00

Ketiga RM150.00

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) MPS ditalian 03-61266024/03-61266081 atau layari laman web www.mps.gov.my.

#selayangkusayang

#teruscemerlangdengannormabaharu

#kitajagakita

#kitaselangor

 

ewaste