MENU
 

Majlis Perbandaran Selayang pada hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada Tuan Shamsul Shahril Badliza bin Mohd Noor, Yang Dipertua MPS yang ditukarkan ke Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sebagai Setiausaha Bahagian Kanan (Mineral dan GeoSains) bermula 20 Mei 2021.

Beliau yang merupakan Yang Dipertua MPS yang ke-7 telah menjawat jawatan tersebut selama 1 tahun 7 bulan sebelum ditukarkan ke tempat yang baharu. Sepanjang beliau berkhidmat disini beliau telah memberi fokus kepada tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas terutama berkaitan sampah haram dan pencemaran alam sekitar selain kepada peningkatan hasil Majlis. Beliau juga telah membawa pelbagai kejayaan kepada MPS antaranya pencapaian 5 Bintang Anugerah Penarafan Bintang PBT oleh KPKT serta tempat ke-2 Anugerah Pengurusan Pejabat Dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2020.

Beliau yang kini berumur 49 tahun mempunyai pengalaman selama 23 tahun di dalam sektor kerajaan dan telah menggalas pelbagai jawatan antaranya sebagai Timbalan Pengarah UPEN Negeri Selangor, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor, Pegawai Daerah di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor dan terakhir sebagai Pegawai Daerah di Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat pada tahun 2019 sebelum ditukarkan ke MPS.

Sehingga YDP baharu dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor, Tuan Haji Cheremi bin Haji Tarman, Timbalan Yang Dipertua MPS akan menanggung tugas-tugas sebagai YDP MPS. MPS mengucapkan selamat maju jaya kepada Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza bin Mohd Noor dan semoga beliau terus cemerlang di tempat baharu.