MENU
 

Selayang BMX Challenge 2019 anjuran MPS bersama Persatuan Berbasikal Selangor telah diadakan pada 2-3 November 2019 bertempat di Trek BMX Gua Damai, Gombak Selangor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Shamsul Shahril Badliza Bin Mohd Noor, Yang Dipertua MPS pada 3 November 2019.

Turut hadir pada majlis ini adalah Tuan Abdul Rahman Bin Abdullah, Ahli Majlis Zon 9, En Zafril Bin Mohd Zakaria , Wakil Persatuan Berbasikal Selangor serta Pengarah-pengarah Jabatan MPS. Kejohanan ini adalah untuk memperkenalkan infrastruktur sukan berbasikal BMX kepada seluruh warga Selayang sambil mencungkil bakat-bakat muda melalui aktiviti berbasikal ini. Majlis berakhir pada jam 5.30 petang.

 

BMX Challenge

 

BMX Challenge