MENU
 

Bersempena dengan Sambutan Hari Sungai Sedunia, pihak MPS bersama rakan strategik iaitu IIUM, JPS Malaysia dan Team Selangor telah menganjurkan Program Cintai Sungai peringkat MPS tahun 2019 yang berlangsung pada 6 Oktober 2019 bertempat di GIBS Ecotourism Resorts Ulu Yam. Program ini telah dirasmikan oleh YAB Tuan Haji Amirudin Bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor diiringi oleh tetamu kehormat iaitu YBrs. Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza Bin Mohd Noor, YDP MPS, YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dzulkifli Bin Abdul Razak, Rektor IIUM dan Encik Mohd Rizal Bin Abdul Talib, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai, Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia.

Pada program ini turut diadakan pelbagai aktiviti antaranya Pertandingan Amazing River Race, aktiviti pembersihan sungai dan pertandingan reka cipta bahan kitar semula. Program ini telah mendapat sambutan daripada pelbagai pihak antaranya penuntut IPT, pelajar sekolah dan penduduk setempat. Program berakhir pada jam 2.00 petang dengan acara cabutan bertuah.

 

Program Cintai Sungai Peringkat MPS

 

 

Program Cintai Sungai Peringkat MPS