MENU
 

 

MPS telah mengadakan Perhimpunan Tahun Baharu 2020 pada 6 Januari 2020 bertempat di Lobi Menara MPS. Majlis telah dihadiri oleh Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza Bin Mohd Noor, Yang Dipertua MPS bersama tetamu kehormat yang lain.

Pada perhimpunan kali ini, telah dilancarkan tema "Perbandaran Lestari" yang telah diangkat menjadi tema pada tahun 2020 dan juga pelancaran Buku Pelan Tindakan Rendah Karbon MPS.

Dalam majlis ini, Tuan YDP telah menyampaikan amanat kepada seluruh warga MPS untuk memfokuskan bagi meningkatkan kualiti dan kesejahteraan penduduk di Perbandaran Selayang.

Turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada staf MPS yang telah menerima pengurniaan pingat dan Darjah Kebesaran Negeri Selangor pada 2017 dan 2018 dan penyampaian dermasiswa UPSR oleh ANULAE cawangan MPS kepada anak kakitangan MPS yang cemerlang.Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi.

NY2020

 

NY2020