MENU
 

MPS telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pembinaan halangan di tapak pembuangan sampah haram di Jalan TIB 3/3, Taman Industri Boltan Gombak dan di Jalan SBC 8, Taman Sri Batu Caves, Gombak pada 26 Mac 2021.

Bagi di lokasi kedua, pihak MPS telah memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan telah menemui rakaman aktiviti pembuangan sampah haram di kawasan tersebut dimana tindakan akan dikenakan kepada pihak yang terlibat.

MPS akan terus membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang terlibat dengan aktiviti pembuangan sampah haram. Orang ramai juga diminta untuk melaporkan sebarang aktiviti pembuangan sampah haram di kawasan masing-masing.

 

#selayangkusayang

#teruscemerlangdengannormabaharu

#kitajagakita

#selangorgempurcovid19

#kitaselangor

 

Operasi Turun Padang

 

Operasi Turun Padang

 

Operasi Turun Padang