MENU
 

MPS telah mengadakan operasi bersepadu perobohan ke atas pemajuan tanpa kelulusan di Kampung Sungai Chinchin, Jalan Gombak pada 3 Oktober 2019. Operasi bersepadu ini turut disertai Pejabat Tanah dan Daerah Gombak (PDTG), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Syarikat Air Selangor Berhad (SYABAS) dengan kekuatan keseluruhan anggota sebanyak 150.

Tindakan ini dibuat selepas siasatan yang dibuat oleh MPS mendapati terdapat kerja-kerja tanah haram serta pembinaan unit bangunan kediaman telah dijalankan di atas tanah berstatus pertanian. Pada operasi bersepadu ini tindakan perobohan ke atas 9 struktur bangunan telah diambil. Operasi berakhir pada jam 12.00 tengahari.

 

 

Operasi Bersepadu Perobohan ke Atas Pemajuan Tanpa Kelulusan

 

 

Operasi Bersepadu Perobohan ke Atas Pemajuan Tanpa Kelulusan