MENU
 

Majlis perasmian Pusat Kitar Strata MPS dan Program gotong-royong perdana pangsapuri Mawar (A) dan Teratai (B) telah diadakan pada 3 November 2019 bertempat di Dewan Serbaguna, Selayang Mulia.

Pusat Kitar Strata ini berfungsi sebagai pusat pengumpulan barang-barang yang boleh dikitar semula sebelum dihantar ke Pusat Kitar Semula. Pusat Kitar Strata akan menimbang dan memberikan kupon kepada penduduk sebagai bayaran hasil kepada pengumpulan barangan kitar semula tersebut.

Selain pangsapuri Mawar dan Pangsapuri Teratai, empat JMB lain turut menerima peruntukan pusat kitar strata ini iaitu Pangsapuri Batai, Pangsapuri Julia, Pangsapuri Desa Satu dan Pangsapuri Desa Dua. Program berakhir pada jam 12.00 tengahari.

 

Kitar Strata

 

Kitar Strata