MENU
 

Sekitar majlis meraikan Mohd Ifnan bin Haji Abd. Rahim, atas kejayaan merangkul kejuaraan dalam pertandingan Special Needs Taekwondo International (SNTI) peringkat antarabangsa kategori OKU pada 27 Mac 2021, bertempat di Hotel Mercure, Selayang.

Pingat kejuaraan tersebut telah disampaikan oleh YB Tuan Tony Pua Kiam Wee, Ahli Parlimen kawasan Damansara.

Dalam pertandingan yang dianjurkan di New Zealand ini, Mohd Ifnan yang juga aktif sebagai sukarelawan program JKP Zon 12 MPS, telah menewaskan 73 peserta daripada 11 buah negara. Tahniah diucapkan.

 

#selayangkusayang

#teruscemerlangdengannormabaharu

#kitajagakita