MENU
 

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MPS 2020 telah diadakan pada 8 April 2021 di Setia Eco Templer, Rawang dan telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Borhan bin Aman Shah, EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor mewakili YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

Tahniah kepada 86 orang kakitangan MPS yang telah menerima APC MPS 2020. Kesemua mereka menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM 1,000.

MPS turut meraikan 19 orang pesara dan 2 orang penerima Anugerah Khidmat Lama, yang menerima sijil penghargaan dan juga Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM 500 untuk pesara dan Sijil Simpanan Premium bernilai RM 2,000 untuk Anugerah Khidmat Lama.