MENU
 
Aktiviti Tanpa Kebenaran dan SOP Aktiviti Tanpa Kebenaran dan SOP
Aktiviti Tanpa Kebenaran dan SOP Aktiviti Tanpa Kebenaran dan SOP

MPS semalam telah menjalankan pemeriksaan sebanyak 91 premis dan 54 penjaja di sekitar kawasan Rawang, Gombak, Kepong dan Selayang bagi mengesan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran dan tidak mematuhi SOP PKP yang ditetapkan.

Didapati masih terdapat premis perniagaan yang ingkar untuk  mematuhi SOP yang ditetapkan. Selain itu, terdapat juga penjaja yang tidak mempunyai permit berniaga sehingga  menyebabkan halangan trafik dan persekitaran di kawasan tapak niaga menjadi kotor.

Tindakan penguatkuasaan telah diambil ke atas 9 premis yang telah dikenakan notis iaitu 2 di Selayang, 3 di Gombak dan 4 di Rawang serta 1 premis telah diarahkan untuk ditutup.

Tindakan kompaun juga turut dikenakan iaitu 2 di Selayang, 7 di Gombak dan 2 di Rawang.

MPS akan sentiasa membuat pemantauan dan pemeriksaan dari masa ke semasa. MPS juga ingin mengingatkan para peniaga dan pengunjung untuk terus sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi menyokong usaha kerajaan dalam memutuskan rantaian Covid-19.

#selayangkusayang
#perbandaranlestari
#smartselayangmampan
#kitajagakita
#lindungidiri