MENU
 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi keizinan kepada kita untuk melangkah ke tahun baru ini. Tahun 2018 telah pun melabuhkan tirainya. Saya berdoa agar tahun 2019 ini akan lebih bermanfaat serta menjadi lembaran baru buat seluruh warga MPS amnya. Sedar tak sedar, tahun 2018 berlalu dengan pantas meskipun banyak cabaran dan dugaan yang telah kita lalui. MPS juga telah melangkah jauh untuk meneruskan agenda yang telah ditetapkan.

Di sini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga MPS yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang sepanjang tahun 2018. Sesungguhnya warga MPS mempunyai komitmen yang amat tinggi dalam melaksanakan tugas terutamanya dalam melaksanakan semua aktiviti dan program MPS dengan jayanya. TAHNIAH diucapkan!

Oleh itu, saya berharap agar tahun 2019 ini kita dapat meningkatkan lagi mutu kualiti perkhidmatan MPS dan marilah kita bersama-sama menyumbang tenaga dan idea dalam memajukan MPS ke peringkat antarabangsa. Saya bukan ingin bercakap kosong namun biarlah matlamat yang ingin dicapai dan sasaran kita tinggi agar kita semua berusaha untuk mencapai kearah matlamat yang ditetapkan.

Akhir sekali saya mengambil kesempatan di sini dengan mengucapkan “Selamat Menyambut Tahun Baru 2019”.

 

Sekian, Terima kasih.

 

SULIMAN BIN ABD RAHMAN A.M.S., P.P.T.

Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Selayang