MENU
 

Kerajaan Negeri Selangor amat serius dalam usaha menangani isu pencemaran plastik terutamanya plastik sekali guna yang memberi kesan negatif terhadap alam sekitar, kesihatan awam dan ekonomi negeri. Jemaah Menteri telah meluluskan Malaysia’s Roadmap Towards Zero SingleUse Plastics, 2018-2030 pada 10 Oktober 2018 dan telah dilancarkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) pada 17 Oktober 2018 bertujuan menangani masalah alam sekitar khususnya berpunca dari pencemaran dari plastik sekali guna termasuklah beg plastik bagi mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat.

Penggunaan beg plastik tanpa kawalan mampu memberi ancaman besar kepada alam sekitar dan kesihatan jika tiada perancangan yang teliti mengenai pengurusan penggunaan bahan plastik tersebut. Beg plastik mengambil masa yang sangat lama untuk mereput sepenuhnya sebelum ia menjadi partikel halus. Beg plastik juga umumnya dihasilkan dari bahan kimia bertoksik yang mampu memudaratkan alam sekitar dan kesihatan. Justeru itu, Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Beg Plastik telah diperkenalkan di Negeri Selangor sebagai salah satu usaha berterusan kerajaan Negeri Selangor dalam mengawal dan mengurangkan penggunaan beg plastik. 

Objektif utama pelaksanaan kutipan caj beg plastik melalui Program Kutipan Caj Beg Plastik Di Negeri Selangor adalah bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik melalui perwujudan premispremis perniagaan yang tidak lagi membekalkan beg plastik kepada pengguna, meningkatkan kesedaran dan memberi pendidikan terhadap orang awam terhadap bahaya pencemaran bahan plastik serta menjadikan masyarakat lebih bertanggungjawab dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan mewujudkan Negeri Selangor yang bersih, sihat dan mesra alam sekitar.

 

Berikut adalah perkara-perkara yang diperlukan bagi menjayakan program ini.

 

Garis Panduan Pelaksanaan Program Kutipan Caj Beg Plastik di Negeri Selangor

Borang Pendaftaran Program Kutipan Caj Beg Plastik di Negeri Selangor

Borang Serahan Kutipan Caj Beg Plastik di Bawah Program Kutipan Caj Beg Plastik di Negeri Selangor

Borang Pengesahan Dan Permohonan Sijil Premis Bebas Beg Plastik Negeri Selangor

Notis Pemberitahuan