- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO

Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
MALAM ANUGERAH PLATFORM SELANGOR (MAPS) 2025
1 Ogos 2025 | Wyndham Acmar Hotel, Klang
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) terus membuktikan komitmen dalam memajukan keusahawanan tempatan apabila dua usahawan di bawah bimbingan MPS berjaya menerima pengiktirafan dalam Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2025 yang berlangsung dengan penuh meriah pada 1 Ogos 2025 bertempat di Grand Acmar Ballroom, Wyndham Acmar Hotel, Klang.
Majlis anjuran Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Selangor dan turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato Menteri Besar Selangor serta YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan. MPS diwakili oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS bersama Puan Zulaina binti Abu Talib, selaku Pegawai Pembangunan Usahawan MPS serta wakil jabatan Pelesenan MPS.
Puan Roselinda @ Nurul Shuhada dari DFaqih Kitchen menerima tajaan pensijilan halal berjumlah RM5,000 di bawah Program U-PLATS Halal, manakala Puan Norazliza Mohamad Isa dari Dapur Silaturahim menerima RM1,000 sebagai Usahawan Mikro Terbaik peringkat PBT.
Kedua-duanya merupakan alumni Program U-PLATS Digital yang turut menerima sistem Point of Sales (POS) dan latihan bernilai RM4,000 seorang, sebagai usaha memperkasa operasi perniagaan selaras dengan aspirasi “Kita Selangor Maju Bersama”.
Tahniah diucapkan kepada semua usahawan dan semoga inisiatif ini dapat terus memperkukuh ekosistem keusahawanan tempatan sebagai pemangkin kemajuan komuniti Selayang secara menyeluruh.