- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
PROGRAM CSR PENANAMAN POKOK ANJURAN MPS
14 Jun 2025 | Bukit Rahman Putra
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Penanaman Pokok di rizab jalan anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kerjasama Daikin Malaysia, I-Green Landscape Sdn Bhd dan Pro T Sdn Bhd telah diadakan pada 14 Jun 2025 bertempat di Jalan BRP 7, Bukit Rahman Putra, Selangor Darul Ehsan.
Sebanyak 1,400 pokok renek ditanam pada program ini dengan penyertaan 110 sukarelawan, termasuk 40 orang dari MPS, 30 orang dari Daikin Malaysia, 30 orang dari I-Green Landscape Sdn Bhd dan Pro T Sdn Bhd, serta 10 orang dari JKP Zon 22.
Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Yang Dihormatkan Dato’ Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Orang Besar Daerah Gombak. Yang Dihormatkan Dato’ OBD dalam ucapan beliau menyatakan ucapan tahniah kepada semua atas usaha menyokong ke arah pembangunan bandar yang mampan, selaras dengan Sustainable Development Goals (SDGs) yang memfokuskan kepada kelestarian alam sekitar, peningkatan kualiti hidup, dan penglibatan masyarakat.
Turut hadir dalam program ini, Tuan Tan Yong Cheem, Penasihat Lembaga Pengarah, Daikin Malaysia; Puan Ho Much Jia, Naib Presiden, Daikin Malaysia; Encik Lim Fuang Yoong, Pengarah Urusan, I Green Landscape Sdn Bhd.; Puan Siti Sofiah binti Karim Bux, Pengurus Projek, Pro T Sdn. Bhd.; Tuan Ng Kok Chuan, Ahli Majlis Zon 22 serta barisan Ahli Majlis MPS dan pengarah jabatan MPS.