MENU
 
EDARAN BAKUL MAKANAN UNTUK MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

EDARAN BAKUL MAKANAN UNTUK MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

14 Jun 2025 | Kangar, Perlis

Sebagai tanda prihatin terhadap golongan memerlukan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) selaku Pengerusi Biro Kebajikan dan Khidmat Masyarakat melalui Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) telah menyerahkan 36 unit Bakul Makanan kepada Majlis Perbandaran Kangar (MPK)

Penyerahan 36 unit Bakul Makanan ini adalah sumbangan daripada 36 agensi di bawah PBBM yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Treasure Hunts PBBM 2025 yang berlangsung dari Pulau Pinang ke Perlis. Sesi penyerahan Bakul Makanan ini telah disempurnakan oleh Tuan TPr Affendei bin Samingan; Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Tuan Mohamad Fairol Saliken; Ketua Pegawai Eksekutif PBBM setelah acara kejohanan ini tamat.

36 unit Bakul Makanan yang telah disumbangkan ini akan diedarkan kepada golongan yang memerlukan di bawah pentadbiran MPK.

MPS berharap inisiatif ini dapat memupuk semangat keprihatinan serta budaya saling bantu-membantu dalam kalangan ahli-ahli PBBM, khususnya terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

Event Date: 
Saturday, 14 June 2025 - 4:15pm