MENU
 
PROGRAM KELUARGA BAHAGIA DAERAH GOMBAK 2025

PROGRAM KELUARGA BAHAGIA DAERAH GOMBAK 2025

11 Jun 2025 | Dewan Simfoni, Taman Rimba Bukit Lagong

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Kelab Sukan dan Kebajikan MPS (KSDK), telah bekerjasama dengan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Gombak selaku penganjur utama bagi menjayakan Program Keluarga Bahagia Peringkat Daerah Gombak 1446H/2025M yang telah berlangsung pada 11 Jun 2025 di Dewan Simfoni, Taman Rimba Bukit Lagong.

Program yang berbentuk forum dan ceramah ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat berkaitan perundangan nikah, cerai dan rujuk di Negeri Selangor. Selain itu, peserta turut diberikan pengisian berkaitan tanggungjawab suami isteri, aspek kekeluargaan serta komunikasi dalam rumah tangga, khususnya dari sudut emotional quotient (EQ).

Para peserta juga didedahkan dengan proses dan persoalan yang sering timbul berkaitan permohonan perkahwinan, pendaftaran perceraian serta isu-isu rujuk, yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, khususnya penduduk di Daerah Gombak.

Seramai 200 orang peserta telah mengambil bahagian yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan, penduduk setempat, pelajar institusi pengajian tinggi, serta orang awam di sekitar daerah Gombak.

Turut sama, Ahli Jawatankuasa KSDK MPS serta kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Selain menjadi platform penyebaran ilmu kekeluargaan, program ini juga berperanan memperkukuhkan hubungan kerja dan silaturahim antara komuniti setempat.

Event Date: 
Wednesday, 11 June 2025 - 4:00pm