- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
OPERASI BANTERAS PENJAJA HARAM DAN PREMIS WARGA ASING DI RAWANG
RAWANG | 11 Jun 2025
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah melaksanakan operasi penguatkuasaan membanteras aktiviti penjajaan dan premis perniagaan oleh warga asing secara haram pada 11 Jun 2025 di sekitar Jalan Pekan Rawang dan Pusat Bandar Baru Rawang.
Operasi yang berlangsung dari jam 8:00 malam hingga 12:00 tengah malam ini melibatkan kekuatan seramai 18 orang kakitangan Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MPS dan jabatan dalaman MPS.
Sebanyak tujuh tindakan sitaan dilaksanakan dan tiga kompaun telah dikeluarkan terhadap penjaja dan pengusaha premis dikawasan tersebut melibatkan penjaja yang menjalankan aktiviti perniagaan atas petak parkir serta kawasan awam tanpa permit yang sah dan juga sebuah restoran yang dikendalikan oleh warga asing atas kesalahan menjual minuman keras tanpa lesen
Antara sitaan yang dilakukan oleh MPS adalah tiga unit khemah bersaiz 10x10 kaki, 11 unit meja, 48 unit kerusi, dua unit tong hitam, tiga unit tong gas serta 24 botol, lima kotak dan 20 tin minuman keras pelbagai jenama. Kesemua tindakan dibuat dibawah UUK 3 Undang-Undang Kecil Penjaja, UUK Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian dan Seksyen 46(1) d Akta Jalan, Parit dan Bangunan.
Operasi ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kawasan pentadbiran MPS terpelihara daripada aktiviti penjajaan haram serta premis yang beroperasi tanpa kelulusan. MPS ingin turut mengingatkan para peniaga agar sentiasa memastikan operasi perniagaan mereka tidak menimbulkan sebarang kacau ganggu kepada masyarakat setempat serta mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditetapkan.