- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
PROGRAM IBADAH KORBAN MPS 2025
Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Program Ibadah Korban MPS 1446H/2025M pada 10 Jun 2025 bertempat di perkarangan Menara MPS, Bandar Baru Selayang. Penganjuran program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat pengorbanan, kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan warga kerja MPS.
Seramai 21 orang kakitangan MPS telah mengambil bahagian dalam ibadah korban dengan melibatkan penyembelihan tiga ekor lembu. Daging korban telah dibungkus kepada 204 plastik dan diagihkan kepada golongan asnaf di bawah kariah Surau Ar Raudhah, Pangsapuri Kos Rendah Dahlia A & B, Bandar Baru Selayang.
Ibadah korban yang bermula seawal jam 8.30 pagi dengan pelaksanaan penyembelihan, diikuti proses melapah dan penimbangan daging oleh 90 orang kakitangan MPS. Suasana majlis turut dimeriahkan lagi dengan semangat gotong-royong dalam penyediaan dan penyajian juadah, yang kemudiannya dinikmati bersama oleh seluruh warga kerja MPS selepas selesai pengagihan daging korban.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YDH Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ (Dr) Haji Wan Mahmood bin Pa’wan Teh, Mantan Orang Besar Daerah Gombak; Tuan A Rahim bin Ahmad Kasdi, Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar Selangor; Encik Zikry bin Zulkifle, Presiden KSDK MPS; Tuan Megat Mohd Fadhli bin Zakaria, Ahli Majlis Zon 1; Tuan Mazlan bin Musa, Ahli Majlis Zon 3; Tuan Haji Muhammad Najmi bin Samsudin, Ahli Majlis Zon 9; Tuan Haji Sulaiman bin Abu Samah, Ahli Majlis Zon 14; Tuan Saharudin bin Abu Bakar, Ahli Majlis Zon 19; Puan Zuraidah binti Abdul Majid, Ahli Majlis Zon 21; Tuan Ng Kok Chuan, Ahli Majlis Zon 22 serta para pengarah jabatan MPS.
Program ini bukan sahaja mengukuhkan nilai-nilai murni dalam kalangan warga MPS, malah menjadi platform penting dalam mempererat hubungan antara pihak pentadbiran dan masyarakat setempat.