- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
OPERASI BERSEPADU DAN SITAAN ZON SELAYANG
10 Jun 2025 | Zon Selayang
Operasi pemeriksaan dan penggredan premis makanan telah dijalankan di kawasan Selayang pada 10 Jun 2025 (Selasa). Sebanyak enam buah premis telah diperiksa oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan, Jabatan Pelesenan, Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan dan pasukan penguat kuasa melibatkan beberapa kategori penilaian termasuk tahap kebersihan premis, keadaan tandas, serta pematuhan terhadap undang-undang kecil berkaitan keselamatan makanan, struktur kekal di kawasan awam tanpa permit dari MPS serta gagal mematuhi syarat-syarat pelesenan, MPS.
Hasil operasi mendapati tiga premis makanan telah diarahkan tutup serta-merta berikutan pembiakan lipas, lalat dan tikus (LILATI) yang serius. Salah satu premis mencatatkan markah kebersihan serendah 37%, manakala tiga lagi premis dikategorikan dalam Gred C. Pelbagai kesalahan turut dikesan dan sebanyak 17 kompaun telah dikeluarkan sepanjang operasi. Selain itu, tindakan penarikan lesen MPS telah dibuat kerana terdapat pelanggaran syarat ketika pemeriksaan premis dijalankan. Tindakan 4 notis di bawah Seksyen 70(11) Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 juga telah di ambil atas kesalahan struktur kekal yang dibina tanpa kebenaran oleh MPS.
Turut dilakukan dalam operasi ini adalah penyitaan beberapa peralatan memasak seperti tong gas, dapur dan meja milik peniaga yang didapati beroperasi tanpa mematuhi syarat ditetapkan yang mendatangkan kacauganggu awam memandangkan lokasi premis berada di kawasan perumahan. Pemilik premis telah ingkar arahan terhadap Notis Kacauganggu di bawah Sek 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan pada 27 Feb 2025 yang lalu.
MPS mengambil serius isu kebersihan dan pematuhan undang-undang. Pengusaha premis makanan diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan, memastikan persekitaran premis bebas daripada haiwan perosak, serta mematuhi semua garis panduan kesihatan demi kesejahteraan pengguna.