MENU
 
OPERASI MEGA PEMBERSIHAN DI LOKASI TERJEJAS LETUPAN PAIP GAS (HARI PERTAMA)

 

OPERASI MEGA PEMBERSIHAN DI LOKASI TERJEJAS LETUPAN PAIP GAS (HARI PERTAMA)

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hari ini telah menyertai Operasi Mega Pembersihan di lokasi terjejas Letupan Gas Putra Height pada 12-13 April 2025.

Operasi bersepadu anjuran Kerajaan Negeri Selangor ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari; Dato’ Menteri Besar Selangor. Operasi Mega Pembersihan ini turut disertai semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor, polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, KDEBWM dan Selangor Volunteer (Serve) seliaan Majlis Sukan Negeri (MSN).

Seramai 65 orang sukarelawan daripada jabatan dalaman MPS digerakkan ke Kampung Kuala Sungai Baru dengan tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terjejas. Sebanyak 14 jentera termasuk tiga tong Roll-On Roll-Off (RORO), Lori Cargo 5 Tan, Lori Tangki dan Lori Water Jetter telah digerakkan bagi tujuan ini. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS telah turut bersama-sama sukarelawan MPS melaksanakan kerja-kerja pembersihan.

Usaha pembersihan ini yang tamat pada jam 4:30 petang akan diteruskan pada hari esok (13 April 2025). MPS berharap usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan kerja pembersihan.

Event Date: 
Saturday, 12 April 2025 - 12:00pm