MENU
 
PROGRAM KITAR SEMULA ANJURAN UITM PUNCAK ALAM PROGRAM KITAR SEMULA ANJURAN UITM PUNCAK ALAM PROGRAM KITAR SEMULA ANJURAN UITM PUNCAK ALAM
PROGRAM KITAR SEMULA ANJURAN UITM PUNCAK ALAM PROGRAM KITAR SEMULA ANJURAN UITM PUNCAK ALAM PROGRAM KITAR SEMULA ANJURAN UITM PUNCAK ALAM

Unit Kitar Semula, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Kesihatan, Majlis Perbandaran Selayang telah mengadakan Program Kelestarian Alam, Kitar Semula dan Pembelian Semula Minyak Masak Terpakai "Anda Kitar Kami Bayar" pada 13 Januari 2024 bermula dari 8.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Surau Kampung Melayu, Kundang.

Antara aktiviti yang diadakan pada program ini  adalah pembelian barangan kitar semula, latihan kebakaran bersama pihak Bomba dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. 
Jumlah kutipan Barangan Kitar Semula yang diperolehi di dalam program ini adalah E-Weste - 2 unit, Barangan Kitar Semula 15kg dan Minyak Masak Terpakai 220kg.

Telah diadakan juga taklimat dan demonstrasi tentang kaedah membuat lilin aromaterapi daripada minyak masak terpakai dan Ecobrick telah diberikan kepada para hadirin yang hadir ke program ini. 

Semoga dengan adanya program seperti ini dapat menjadi satu langkah dalam usaha memupuk sikap memelihara dan memulihara alam sekitar disetiap lapisan masyarakat.