Bahasa Melayu | English | Lain Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
  Banner
Kata-Kata Aluan YDP
image

Assalamualaikum w.b.t.dan Selamat Sejahtera,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada pengunjung-pengunjung portal Majlis Perbandaran Selayang. Dengan perkembangan teknologi maklumat dan ICT yang semakin canggih, maklumat kini berada di hujung jari.

Perkembangan kemajuan ICT hendaklah digunakan sebagai medium komunikasi untuk berinteraksi dengan pengguna internet bagi mendapatkan maklumat khususnya mengenai Perbandaran Selayang.

Melalui portal MPS ini, penduduk Perbandaran Selayang khususnya boleh mengetahui informasi semasa mengenai program-program sukan, sosial, kebudayaan, rekreasi dan lain-lain yang dianjurkan oleh MPS.

Di samping itu, laman web MPS turut memaparkan maklumat-maklumat asas antaranya senarai Ahli-Ahli Majlis MPS, zon-zon kawasan Ahli Majlis, ADUN di Perbandaran Selayang, maklumat korporat, maklumat jabatan di MPS, e-PBT serta maklumat-maklumat terkini melalui siaran berita.

Melalui e-perkhidmatan pula pengunjung-pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan e-aduan, e-kompaun, e-taksiran, e-bayaran dan e-tender.  MPS juga menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti sewaan untuk kemudahan penduduk sekitar.

Akhir kata saya mengucapkan selamat melayari portal MPS kepada pengunjung-pengunjung portal kami. Adalah menjadi harapan saya, portal ini akan menjadi penghubung antara penduduk Perbandaran Selayang khasnya dengan kami sebagai pentadbir Pihak Berkuasa Tempatan anda.

Sekian, terima kasih.

Y. Bhg. Dato’ Zainal Abidin B Aala
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang