Majlis Perbandaran Selayang dapat mempelbagaikan lagi cabang program di bawah "Mesra Rakyat".
Perbandaran Selayang dapat mewujudkan hubungan dua hala yang lebih baik antara warga Perbandaran
Selayang dengan pihak MPS
Alternatif yang terbaik supaya Majlis Perbandaran Selayang dapat memberi sumbangan dan bakti kepada seluruh
warga Perbandaran Selayang
Salah satu kaedah kepada MPS bagi melaksana program yang berbentuk manjaga kebajikan warga
Perbandaran Selayang
Objektif Khusus
Memberi pendedahan kepada warga Perbandaran Selayang mangenai penggunaan komputer amnya dan
teknologi maklumat khususnya.
Memberi kemudahan dengan mewujudkan peluang kepada orang ramai, khasnya warga Perbandaran Selayang
untuk mendalami teknologi maklumat dan sekaligus dapat melahirkan masyarakat yang celik IT
Perkhidmatan Yang Sedia dan Dibangunkan.
Perkhidmatan Sedia Ada
Pusat Siber Rakyat amnya memberikan perkhidmtan melayari internet kepada penggunanya. Bagi menambah keselesaan dan untuk menarik lebih ramai lagi pengguna, pihak pengurusan telah mempelbagaikan perkhidmatan. Antaranya adalah seperti berikut :-
Layaran internet
Bantuan pembelajaran & khidmat nasihat dari kakitangan yang bertugas.
Khidmat Pusat Sumber Kecil (Penyediaan buku-buku berkaitan dengan Teknologi Maklumat)
Ruang membaca (Surat Khabar & Majalah disediakan)
Menyediakan ruang penggunaan yang selesa, kemas and tenteram
Kemudahan ruang rehat dan permainan
Menubuhkan kelab ahli Pusat Siber Rakyat- pelbagai kemudahan dan keistimewaan diberikan
Perkhidmatan Yang Dibangunkan
Meningkatkan sistem jaringan internet
Menyediakan sistem Server/Pelayan Internet
Menyediakan perkhidmatan perisian permainan berkomputer dan internet
Kelab Pusat Siber MPS
Bagi memupuk minat serta kesenangan orang ramai menggunakan kemudahan di Pusat Siber Rakyat ini, pihak pengurusan telah menubuhkan kelabnya tersendiri. Rasionalnya, disamping dapat memberi caj perkhidmatan yang murah, pihak MPS dapat mendekatkan lagi hubungan dengan masyarakat dengan menjalankan pelbagai aktivti.
Bil
Kategori Ahli
Yuran Keahlian (Tahunan)
1
Pelajar Sekolah Rendah
RM 6.00
2
Pelajar Sekolah Menengah
RM 12.00
3
Pelajar Institut Pengajian Tinggi
RM 24.00
4
Pelajar Keluarga - Ibu bapa dan 3 orang anak
RM 50.00
5
Warga Tua - 55 tahun ke atas
PERCUMA
6
Umum
RM 30.00
Kelebihan
Menikmati kadar penggunaan
Dapat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kelab atau anjuran pihak MPS secara percuma
Dapat menikmati pelbagai kelebihan yang akan diberikan oleh Kelab Pusat Siber Rakyat secara percuma