PROFIL DATO’ YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
Dato’ Zainal Abidin bin Aala telah dilahirkan pada 28hb. Februari, 1954. Anak kelahiran Negeri Perak ini telah mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1979 dalam jurusan B. Econs (Hons). Pada tahun 1984 pula beliau telah mendapat kelulusan Diploma Sains Pengurusan di INTAN dan seterusnya beliau telah mendapat kelulusan MBA di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1997.
Beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Cemerlang Terengganu (PJC) pada tahun 1991, pada tahun 2002 telah dianugerahkan Ahli Mahkota Selangor (AMS), Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 2006, Setia Mahkota Selangor (SMS) pada 2007, Kesatria Mangku Negara (KMN) pada 2009 dan Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) pada tahun 2010.