Hubungi Kami : Bahagian Kemudahan Awam (Tel:03-6120 2962) (Faks:036120 2964)
Majlis Perbandaran Selayang adalah sebuah PBT di Selangor yang terpilih untuk menjayakan Kompleks Muhibah. Ianya terletak di Taman Industri Bolton. Kompleks Muhibah mempunyai kemudahan asas yang cukup sempurna terutamanya tandas, surau serta terlindung dari panas dan hujan. Ianya juga dijadikan sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti perniagaan dan dalam masa yang sama juga dijadikan satu lokasi pertemuan penduduk untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan, sukan dan rekreasi yang menarik dan selesa. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah :-
Majlis perkahwinan (India dan Melayu)
Majlis Hari jadi
Seni Silat Gayung
Kelas Karate Do
Sukan Badminton / Sepak Takraw
Pameran Perabut
Perlawanan Footsal
Pertandingan Kereta Kawal Jauh
Sambutan Hari Raya (Persatuan Bekas Tentera)
Kempen Derma Darah
Pertandingan Karaoke
Lain-lain
Fungsi
Berfungsi sebagai Kompleks Siang dan Malam. Aktiviti perniagaan pasar atau medan selera boleh dijalankan serentak dengan kawasan yang cukup luas.
Berfungsi sebagai ruang serbaguna dan boleh digunakan untuk aktiviti sukan dan rekreasi apabila aktiviti menjaja tidak dijalankan.