Berdiri, Teguh di bumi Nyata pupuk semangat satu Malaysia Sepakat, Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan
Perpaduan, Mendapat rahmat Toleransi kaum amalan bersama Kejayaan, Kita bangunkan Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan Tanggungjawab kita semua Jadi teras bangsa mulia Kita bina Satu Malaysia
Satu Malaysia jadi pegangan Rukun negara teras panduan Satu Malaysia benteng negara Rakyat Malaysia taat setia
Satu Malaysia untuk semua
Lagu Jalur Gemilang
Lirik : Jalur Gemilang
Merahmu bara semangat waja Putihmu bersih budi pekerti Kuning berdaulat payung negara Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan Lautan luas telah kau redah Membawa semangat jiwa merdeka Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya Semua negeri dalam Malaysia Satu suara satu semangat Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang... di bawah naunganmu Jalur gemilang... kami semua bersatu Perpaduan ketaatan Amalan murni rakyat Malaysia Jalur gemilang... megah kami terasa Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan Merah putih biru kuning Jalur semangat kami semua