MENU

PROSES DAN PROSEDUR PENGADUAN AWAM

  1. Apa yang boleh saya adu kepada Majlis Perbandaran Selayang?
    Semua aduan yang berkaitan dengan perkhidmatan perbandaran dan perkara-perkara yang memerlukan tindakan dari pihak Majlis Perbandaran Selayang.
  2. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?
    Tiada / percuma
  3. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?
    Boleh, dengan izin pengadu
  4. Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberi nama?
    Boleh, sekiranya aduan tersebut melibatkan kepentingan awam (whistleblower) seperti salahguna kuasa dan lain-lain.
  5. Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh Majlis Perbandaran Selayang?
    1. Alam sekitar
    2. Bangunan
    3. Bencana Alam
    4. Bonggol
    5. Cukai Taksiran
    6. Haiwan
    7. Halangan
    8. Jalan
    9. Kakitangan Majlis
    10. Kemudahan Awam
    11. Kerja Tanah
    12. Lampu Jalan
    13. Landskap/ pokok
    14. Longkang
    15. Masalah Papan Tanda
    16. Mesin Meletak Kenderaan
    17. Padang Permainan
    18. Pasar Malam
    19. Penguatkuasaan
    20. Penyelenggaraan
    21. Permohonan Lesen
    22. Pesuruhjaya Bangunan (COB)
    23. Pusat Siber MPS
    24. Sampah
  6. Bagaimana cara membuat aduan?
    1. Telefon
    2. Hadir sendiri
    3. Surat/ Faks
    4. E-Aduan
    5. E-Mel
    6. Program Mesra Rakyat
    7. STARS
  7. Apakah maklumat yang perlu saya berikan/ masukkan dalam aduan kepada Majlis Perbandaran Selayang?
    Maklumat peribadi pengadu seperti nama , alamat , no. telefon serta maklumat aduan yang lengkap.
  8. Apakah yang berlaku kepada aduan saya?
    1. MPS akan menghantar surat akuan terima kepada pengadu
    2. MPS akan menyiasat semua aduan yang dikemukakan
    3. Maklumkan kepada pengadu status aduan mereka
    4. Mesyuarat akan diadakan jika perlu
    5. Hantar surat kepada pengadu(maklumbalas) / menghubungi terus
  9. Berapa lama MPS membuat siasatan?
    1. Mengikut Standard Operating Prosedur (SOP) MPS setiap aduan yang dikemukan mesti diberi maklumbalas dalam tempoh masa kurang dari 14 hari bekerja.
    2. Bagaimanapun ia tertakluk kepada aduan yang dikemukan sekiranya aduan tersebut mudah ia segera diselesaikan dan jika aduan berkenaan rumit ia akan mengambil masa.

 

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 18 Julai 2017 - 8:36am