MENU

Tarikh akhir bayaran cukai taksiran penggal 1/2019 adalah pada 28 Februari 2019. Bayaran yang diterima selepas tarikh tersebut akan dikenakan caj lewat sebanyak RM 20.00 dan waran tahanan sebanyak RM100.00 akan dikeluarkan kepada mereka yang gagal membayar cukai taksiran pada 1 April 2019.

Bagi memudahkan orang ramai, MPS akan membuka kaunter bergerak pada setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum sehingga 28 Februari 2019 mengikut jadual yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Hasil di talian 03-61265961/03-61265963/03-61265964 atau layari laman web MPS www.mps.gov.my untuk mendapatkan maklumat.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 15 Januari 2019 - 10:18am