MENU

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MPS dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang telah mengadakan sesi latihan kebakaran (Fire Drill) pada 14 Disember 2018. Sesi latihan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan kesedaran tentang tindakan yang perlu dilaksanakan sekiranya berlaku kebakaran di tempat kerja. Semua warga MPS telah memberikan kerjasama semasa latihan kebakaran dengan mencatatkan rekod keputusan masa terbaik untuk bergerak ke lokasi berkumpul yang terletak di luar kawasan MPS. Program diakhiri dengan demonstrasi oleh pihak bomba, penilaian semula terhadap respons kebakaran dan sesi perbincangan.

 

Fire Drill

 

Fire Drill

 

Fire Drill

Kemaskini Terakhir: Isnin, 17 Jun 2019 - 3:58pm