MENU

MPS telah mengadakan perhimpunan tahun baharu 2019 pada 9 Januari 2019 di Lobi Menara MPS. Tuan Hj. Az’har Samsuri, Penolong Setiausaha telah mewakili Tuan YDP untuk menyampaikan amanat Tahun Baharu 2019. Majlis telah dihadiri oleh tetamu kehormat, YBhg. Datuk Haji Azih Bin Muda, Presiden CEUPACS merangkap Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia. Beliau telah menyampaikan taklimat khas bertajuk "Cabaran Masa Kini Penjawat Awam".

Turut diadakan penyampaian sumbangan dermasiswa kepada anak-anak Ahli ANULAE MPS bagi peperiksaan UPSR dan PT3 tahun 2018 dan sumbangan khairiat kematian kepada ahli keluarga staf MPS yang telah meninggal dunia. Selain itu, diadakan juga penyerahan sumbangan caruman SSPN-i anak-anak staf MPS kepada wakil daripada PTPTN.

 

ny01

 

ny02

 

ny03

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 19 April 2019 - 11:00am