MENU

MPS telah menganjurkan Perhimpunan Bulan Julai dan Sambutan Hari Penguatkuasa MPS ke-37 pada 1 Julai 2019. Sambutan ini telah diadakan di Dataran MPS dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Juhari Bin Ahmad, Timbalan Yang Dipertua MPS.

 Sambutan Hari Penguatkuasa ke-37 ini merupakan kali pertama diadakan secara besar-besaran melibatkan seluruh warga MPS. Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah Ahli-Ahli Majlis MPS dan para pengarah MPS. Tujuan sambutan ini diadakan adalah bagi memperingati penubuhan Jabatan Penguatkuasa yang telah lama menyumbang khidmat di MPS iaitu selama 37 tahun sejak tertubuhnya Majlis Daerah Gombak. Selain itu juga, sambutan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua anggota penguatkuasa MPS bagi meningkatkan lagi keazaman, mutu kerja demi kemajuan dan kecemerlangan MPS.

Sambutan ini melibatkan seramai 150 orang anggota penguatkuasa dan 250 orang warga MPS yang turut serta memeriahkan majlis. Selain perbarisan, sambutan turut dimeriahkan dengan pengisian pelbagai aktiviti seperti Acara Pemakaian Pangkat kepada Puan Norhayati binti Ahmad, Pengarah Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS, Penyampaian Anugerah Khas kepada 2 anggota penguatkuasa
yang telah berkhidmat selama 37 tahun, persembahan kawad senyap, pameran dan lain-lain lagi. Majlis ini berakhir dengan persembahan Tambo oleh Pasukan Tambo Rejimen 502 Askar Wataniah Angkatan Tentera Malaysia dan demonstrasi tunda kenderaan.

 

Hari Penguatkuasa

 

Hari Penguatkuasa

Kemaskini Terakhir: Selasa, 17 September 2019 - 5:10pm