MENU

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-2 Persatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia telah diadakan di Dewan Sri Siantan, Majlis Perbandaran Selayang pada 13 Disember 2018. Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Suliman Bin Abd Rahman AMS., PPT. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang mewakili YAB Dato' Menteri Besar Selangor. Mesyuarat Agung ini turut dihadiri oleh Ybrs Tuan Ramli B. Kalil Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) mewakili Dato' Azih B. Muda Presiden CUEPACS dan Pengerusi ANULAE cawangan MP Selayang. Mesyuarat Agung kali ini merupakan tahun pemilihan bagi Jawatankuasa Persatuan. Antara agenda yang dibincangkan di dalam mesyuarat ini adalah berhubung dengan hala tuju persatuan "Sebelum, Kini dan ke Hadapan", cadangan pindaan perlembagaan persatuan dan beberapa usul baru seperti Tabung Kebajikan & Khairat Kematian, Insuran berkelompok dan penganjuran Sukan Penguatkuasa Malaysia (SUKPEM) sebagai acara rasmi tahunan persatuan. Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 500 orang ahli dan pemerhati daripada Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia.

 

Mesyuarat Agung Tahunan Pegawai Penguatkuasa

 

Mesyuarat Agung Tahunan Pegawai Penguatkuasa

 

Mesyuarat Agung Tahunan Pegawai Penguatkuasa

Kemaskini Terakhir: Isnin, 18 March 2019 - 2:43pm