MENU

Pihak MPS dengan kerjasama Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor telah menganjurkan Karnival Alam Sekitar Kepenggunaan Dan Hari Bertemu Pelanggan 2018 yang bertempat di AEON Anggun, Rawang. Karnival ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat mengenai kepentingan kitar semula serta mengumpul dan mendengar aduan dari orang ramai.

Program yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 9-11 November 2018  telah dirasmikan oleh Ybrs. Tuan Amir Fazlee Bin Khalid wakil kepada Dato' Menteri Besar Selangor. Turut serta pada karnival ini adalah Ybrs.  Tuan Suliman Bin Abd Rahman, Barisan Ahli-ahli Majlis dan staf MPS. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti program derma darah, program bertemu pelanggan, pameran oleh agensi kerajaan dan badan NGO,pertandingan mewarna, persembahan dari band kitar semula, sukaneka dan lain-lain lagi.

karnival3

 

karnival4

 

karnival2

 

karnival1

Kemaskini Terakhir: Rabu, 20 Februari 2019 - 3:48pm