MENU

Piagam Pelanggan MPS

  • Memproses dan mempertimbangkan kelulusan permohonan pelan kerja tanah, jalan dan perparitan dan lampu isyarat dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen yang lengkap dan teratur dalam tempoh 30 hari.
  • Memproses dan meluluskan permit korek jalan/tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat dalam tempoh 7 hari bekerja.
  • Memastikan aduan yang diterima mendapat maklum balas dalam masa 14 hari bekerja.
  • Menjalankan kerja-kerja pembersihan longkang setiap hari di kawasan perdagangan dan sebulan sekali di kawasan perumahan.
  • Mengeluarkan notis lot terbiar dalam tempoh 7 hari bekerja aduan diterima.
  • Menjalankan kerja-kerja kutipan sampah mengikut jadual iaitu setiap hari di kawasan perdagangan dan 3 kali seminggu di kawasan perumahan.
  • Meluluskan permohonan lessen billboard, unipole dan lain-lain jenis papan tanda (outdoor) dan lesen hiburan, pusat siber, kuari, barang lusuh dan pusat kecantikan dalam tempoh 2 bulan sekiranya lengkap.
  • Meluluskan permohonan permit sementara seperti sepanduk, banting, permit buah-buahan bermusim dalam tempoh 14 hari bekerja sekiranya lengkap.
  • Memproses permohonan Sijil Kelayakan Menduduki (SKM) dengan syarat permohonan lengkap daripada tarikh penerimaan borang E dalam tempoh 14 hari.
Kemaskini Terakhir: Selasa, 30 Mei 2017 - 2:06pm