MENU

MPS Cemerlang Melalui MS ISO 9001 : 2015       

MPS telah menerima sijil MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) yang terkini daripada badan persijilan ISO, SIRIM QAS International Sdn. Bhd..Tempoh sijilini sah dari 21 Jun 2017 sehingga 19 Jun 2020.Sijil ini menggantikan sijillama sebelum ini iaitu MS ISO 9001:2008.

Pengiktirafan sijil ISO ini membuktikan MPS mengguna pakai sistem pengurusan efisien yang memenuhi keperluan, kehendak dan kepuasan pelanggan.Sijil ini menjadi tanda komitmen MPS dalam mengaplikasikan QMS bagi mempertingkatkan daya saing dan kualiti perkhidmatan.

Selaras dengan pensijilan ini juga, pihak pengurusan juga telah merangka hala tuju MPSuntuk mencapai visi menjadi PBT terunggul dengan sokongan warga kerja yang inovatif, dinamik dan berdaya saing menjelang 2020.

Bagi versi baru ini 42 prosedur am dan prosedur 4 utama dipersijilkan. Sebagai usaha menambahbaik pengurusan ISO di MPS, Sistem NIIX Software (ISO DMS, eform & QIS) telah digunapakai dengan tujuan untuk memperkemaskan dan juga menambahbaik pengawalan dokumen ISO 9001:2015.

Penggunan perisian ini membolehkan akses kepada dokumen ISO sebagai panduan agar tugas-tugas seharian dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

 

MS ISO 9001 : 2015

 

MS ISO 9001 : 2015

 

MS ISO 9001 : 2015

 

MS ISO 9001 : 2015

Kemaskini Terakhir: Isnin, 11 Jun 2018 - 10:07am