MENU

MPS Cemerlang Melalui MS ISO 9001 : 2008

Anugerah MS-ISO 2008         Anugerah MS-ISO 2008

Majlis Perbandaran Selayang telah berjaya dianugerah sijil MS ISO 9001 : 2008 oleh pihak SIRIM.

Puan Lee Lay Kuan, wakil SIRIM QAS International Sdn. Bhd telah menyampaikan sijil tersebut kepada wakil Pengurusan Tertinggi MPS Dato' Haji Zainal Abidin Bin Azim, YDP Majlis Perbandaran Selayang dalam Majlis Perhimpunan Bulanan MPS pada 25hb Oktober 2010 di Lobi Menara MPS.

Dalam ucapannya Dato' YDP menyeru agar semua kakitangan meningkatkan mutu dan kualiti kerja masing-masing bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai dan mengekalkan sijil ISO.

MPS telah mendokumenkan sebanyak 31 prosedur utama iaitu penambahan sebanyak 13 prosedur utama berbanding tahun 2009. Setelah pengauditan selesai, tiada NCR dilaporkan oleh Ketua Pasukan Audit SIRIM. Bagaimanapun, terdapat empat ‘OFI' atau peluang penambahbaikkan yang mana telah diambil perhatian oleh jabatan yang terlibat.

Dato' YDP turut merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil pengurusan, ketua dokumentasi, ketua audit dalam dan semua ahli-ahlinya dan para pengarah serta seluruh warga kerja MPS yang telah menjayakan proses pensijilan MS ISO 9001 : 2008.

Muat Turun Brosur 1
Muat Turun Brosur 2

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 September 2017 - 4:57pm