MENU

Majlis Perbandaran Selayang terletak di daerah Gombak yang merupakan pintu masuk ke Negeri Selangor di sebelah timur laut.Ia terletak bersempadan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Daerah Kuala Selangor (MDKS) di sebelah barat, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) di sebelah utara dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sebelah barat daya.

Keseluruhan kawasan pentadbiran MPS ialah 545 kilometer persegi yang meliputi tiga  mukim iaitu Mukim Rawang (263 kilometer persegi), Mukim Batu (154 kilometer persegi) dan Mukim Setapak (128 kilometer persegi).

Penduduknya berjumlah 560,630 orang dengan Mukim Batu mencatatkan peratusan tertinggi sebanyak 60.9 peratus (285,288 orang), Mukim Rawang 29.5 peratus (199,095 orang), dan sebahagian Mukim Setapak sebanyak 9.6 peratus (76,247 orang). Aktiviti ekonomi di kawasan MPS adalah sektor perindustrian, perusahaan dan pertanian.

Sebanyak 33 peratus kawasan MPS merupakan kawasan hutan simpan dan rekreasi dan di sini terletaknya Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Empangan Batu dan taman-taman rekreasi rimba, kawasan tadahan hujan dan kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).

Kawasan pentadbiran MPS mempunyai tarikan yang tersendiri dengan adanya destinasi pelancongan alam semula jadi yang menarik seperti Gua Batu Caves, Kolam Air Panas Selayang, Hutan Lipur Kanching, Taman Rimba Komanwel, Hutan Lipur Ulu Yam dan Tasik Biru Kundang.

Terdapat 9 buah bandar utama dalam pentadbiran MPS iaitu Bandar Baru Selayang, Bandar Baru Rawang, Batu Arang, Taman Seri Gombak, Bandar Tasik Puteri, Bandar Baru Kundang, Batu Caves dan Bandar Country Homes. Pertumbuhan bandar-bandar baru ini dilihat sebagai satu perkembangan yang positif kepada MPS. Usaha pembangunan akan terus dilaksanakan oleh MPS tanpa menjejaskan kualiti alam sekitar.

 

 

Timeline

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 Jun 2018 - 12:43pm