MENU

ANULAE

ANULAE

CAWANGAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

 

"BERSATU SETIA"

"PEKERJA BERKUALITI, NEGARA DIHORMATI"

 

 

PENGENALAN

The Amalgamated Nation Union Authorities Employees (ANULAE) atau Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan adalah sebuah Kesatuan Sekerja terunggul di Pihak Berkuasa Tempatan yang telah ditubuhkan pada 1hb April 1963 dengan No.Pendaftaran 342.

ANULAE bergabung dengan lebih 100 Kesatuan Sekerja Sektor Awam bagi membentuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Kesatuan Pekerja-Pekerja  Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah ditubuhkan pada 23hb Oktober 1957. Tujuan CUEPACS ditubuhkan antaranya adalah untuk membaiki keadaan kerja seperti pengambilan, masa kerja, kenaikan pangkat, tatatertib, gaji, elaun dan lain-lain faedah persaraan anggota.

 

TUJUAN PENUBUHAN

 

  1. Memperoleh serta mengekalkan sukatan gaji yang adil dan sesuai, keselamatan bekerja , masa dan syarat-syarat bekerja yang berpatutan dan memberi nasihat serta bantuan mengenai perkara-perkara tersebut.
  2. Mengatur perhubungan antara pihak majikan dan pekerja
  3. Mengadakan skim bantuan dan kebajikan untuk ahli.
  4. Menganjurkan kursus, seminar dan dialog
  5. Meningkatkan kecekapan serta disiplin dikalangan ahli
  6. Mengembangkan kesedaran kepada ahli tentang kesedaran bertugas yang mengatasi rintangan sosial.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 30 Mei 2017 - 2:06pm