MENU

Permit Penjualan Bazar Ramadhan 2014

MPS akan mengeluarkan permit Pasar Ramadhan bagi para peniaga yang berhasrat untuk berniaga di pasar-pasar juadah. Antara kawasan yang disediakan petak ialah :-

RAWANG

1.BANDAR RAWANG

2.TAMAN TUN TEJA

3.BANDAR             

COUNTRY HOMES

(JLN. BCH 1)

SELAYANG

1.BANDAR BARU         

SELAYANG.

2.SELAYANG

UTAMA.

3.KG. NAKHODA

4.TAMAN EHSAN

GOMBAK

1.TMN. SAMUDERA.

2.GOMBAK SETIA.

3.TMN. BATU CAVES

KEPONG

1.KG. MELAYU SG.  

BULOH.

Sehubungan itu, proses penjualan, penghantaran borang dan undi petak akan dilakukan pada 11 Jun 2014 (Rabu) di Dewan Beringin, Sri Gombak mulai jam 9.00 pagi. Bayaran yang akan dikenakan adalah sebanyak RM130.00 bagi satu petak yang meliputi apron, topi dan insurans perlindungan dan RM242.00 bagi dua petak.

Antara syarat yang wajib dipatuhi ialah pengesahan pemeriksaan kesihatan dan suntikan Typhoid pemohon dan pembantu serta sijil kursus pengedalian makanan, membawa salinan kad pengenalan. MPS menghadkan dua petak untuk seseorang pemohon yang menyewa tapak yang telah disediakan.

MPS akan sentiasa tegas di dalam melaksanakan penguatkuasaan dan akan membuat operasi di setiap kawasan yang terlibat bagi memastikan setiap syarat dan undang-undang dipatuhi oleh setiap penjaja. Setiap peniaga diminta memastikan kualiti makanan sentiasa terpelihara sepanjang bulan ini.

Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi Jabatan Perlesenan, MPS di talian 03-6126 5941/42 atau 03-6126 5943.