MENU

Bagi menghargai jasa dan khidmat bakti para pesara, MPS bersama ANULAE Cawangan MPS telah mengadakan satu majlis penghargaan bagi meraikan para pesara MPS tahun 2018. Majlis 'Jasa Dikenang, Budi Disanjung' yang berlangsung pada 24 Januari 2019 bertempat di Lobi Menara MPS ini telah dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Tuan Suliman Bin Abdul Rahman, YDP MPS.

Seramai 52 orang pesara telah diraikan pada majlis minum petang ini. Dalam majlis tersebut telah diadakan majlis penyampaian saguhati penghargaan kepada para pesara 2018. Di samping itu, majlis juga diserikan dengan tayangan montaj khas dan persembahan daripada Kumpulan D'Xoras MPS. Majlis berakhir pada jam 4.30 petang dengan sesi bergambar kenang-kenangan bersama Tuan YDP MPS.

 

jdbd02

 

jdbd03

Last Updated: Wednesday, 20 February 2019 - 3:48pm